RESIPI TERBAHARU


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
60 gm halia (dikisar)
60 gm bawang putih (dikisar)
40 gm cili boh
1 biji lemon
30 gm garam masala
100 gm yoghurt
Pewarna oren
40 gm serbuk lada putih
Garam secukup rasa


Cara menyediakan:
1) Ayam digaulkan dengan halia, bawang putih dan garam.
2) Kemudian campurkan perahan lemon, garam masala, lada putih dan yoghurt.
3) Masukkan sedikit air dan pewarna oren. Setelah dimasukkan semua bahan tadi hendaklah disimpan selama satu malam, sebelum dipanggang.
0



Bahan-bahan Badak Berendam
2 cawan tepung pulut
1 cawan air tapisan pandan (8 helai daun pandan)
2 cawan kelapa parut 1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
Garam secukupnya

Cara Membuat
Badak Berendam


1. Bancuh tepung pulut bersama air daun pandan sehingga menjadi doh yang lembut
2. Masak kelapa parut bersama gula merah, gual pasir, air dan daun pandan sehingga pekat bagi menjadikan inti 
3. Bentukkan doh menjadi bulat dan isikan inti di dalamnya 
4. Letakkan doh berinti di dalam loyang dan tuangkan santan pekat yang digaulkan dengan garam Kukuskan selama 30 minit ataupun sehingga masak 
5. Sediakan hidangan
0


Kuih apam memang kuih yang paling mudah untuk disediakan.Cuma yang menjadi masalahnya ialah kegebuannya. Jom saya kongsi resepi apam gebu.

Bahan bahannya.

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 cawan aiskrim soda
3 biji telur gred B
1 sudu besar Quick 75
1 sudu teh esen ros
Sedikit pewarna merah/hijau
Mangkuk kertas secukupnya

Cara menyediakan:


Pukul kesemua bahan sehingga putih dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai.

Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit.

Hidangkan bersama kelapa parut. Sesuai untuk sarapan pagi anda.
0



Maggi kari ketam amat popular di Negeri Kelantan, dan menu ini amat mudah didapati di restoran-restoran di segenap ceruk negeri Kelantan. Harganya yang taklah begitu mahal dan rasanya yang enak.. menjanjikan satu kemestian jika berkunjung ke negeri Kelantan. 

Bagi anda yang berada dirumah, disini saya nak kongsi resepi Maggi Kari Ketam bolehlah cubanya sendiri.


Bahan-bahan:

1 bungkus mi maggi Kari - nak yang pedas - beli yang kaww..

1-2 ekor ketam - pilih yang segar

2-3 biji cili padi - dihiris 

2 biji bawang merah, hiris

1 ulas bawang putih- dihiris

1 hirisan nipis halia- dihiris halus

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos cili

3 cawan air

1 biji telur


Bahan-bahan untuk hiasan

Telur rebus - dibelah dua

Bawang goreng untuk hiasan

Daun bawang - untuk hiasan


Cara menyediakan Maggi Kari Ketam Kelantan:

1. Panaskan minyak dan kuali atau periuk- tumiskan bawang merah, putih dan halia, masukkan sedikit sos cili / cili giling, sos tomato dan perencah mi maggi kari. Kacau dan masukkan air - biarkan ianya mendidih.

2. Perlahankan api , kemudian masukkan telur , sayur (jika mahu), cili padi dan ketam - pastikan ketam sudah masak sebelum masukkan mi maggi.. masuk mi sekejap dan matikan api.

3. Kemudiankan hias dengan daun bawang, bawang goreng dan telur...
0


Bahan Char Kuey Teow Paste

400 gm udang (pisahkan kulit udang dan isi udang. lebih skit udang pun takper.  rasa akan lebih  masis)
500ml air
8 ulas bawang putih di ketuk (disebabkan aku malas... aku  blender dgn air yang skit)
12 sb sos tiram
6 sk kicap pekat
6 sb kicap manis
2 sk petis
4 sb pati ikan bilis / pati udang (aku gunakan pati ikan bilis jer sebab pati udang payah sangat nak jumpa)
2 sk garam (sos tiram dah masin so agak-agaklah.  Tambah setengah sudu kecil lagi pun takper kalau nak)
2 sk gula

Untuk Membuat Char Kuey Teow Paste

1. Didihkan air dan masukkan isi udang. Bila isi udang hampir masak, angkat isi udang dan masukkan kulit udang biar ia terus mereneh dengan api perlahan. Tapis dan ambil air udang sahaja, kulit udang dibuang.

2. Campurkan semua bahan utk paste  seperti diatas dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
0

http://resipimasakankini.blogspot.com/2014/09/resepi-ketam-masak-lada-hitam.html



Bahan-bahan Ketam Masak Lada Hitam:

1) Ketam disiang (yang mana patut) kemudian dibersehkan dan dibelah dua
kalau boleh ketukkan  sedikit bahagian kaki ketam yang besar dan agak keras .

2) Halia sebesar ibu jari -dihiris bulat-bulat

3) Sebiji bawang besar holand-dihiris bulat-bulat

4) 5-6 ulas bawang putih-diketuk dan di buang kulit

5) 3-4sudu besar lada hitam kisar

6) 3 sudu besar sos tiram

7) 5-6 besar sos cili

8) 300 ml air

9) 2 tangkai daun bawang dan setangkai  daun sup - dihiris


Cara menyediakan Ketam Masak Lada Hitam:

1)Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan  hiris hingga naik  bau

2)Tumiskan sos tiram diikuti dengan sos cili-kacau sekejap

3)Masukkan ketam diikuti dengan  lada hitam kisar (tutup kuali dan kacau  sekejap-sekejap hingga ketam masak)

4)Masukkan air dan kacau  sekejap
5) Sebelum diangkat taburkan hirisan daun bawang dan daun sup


Pastikan guna api sederhana semasa menumis



0


Bahan-bahan Kambing Black Pepper:
500 g daging kambing
2 sudu besar kicap pekat

2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan secawan air
2 susu besar lada hitam tumbuk
3 sudu besar minyak masak
Garam n gula secukup rasa
 

Bahan-bahan dihiris:

5 ulas bawang merah 1 biji lada benggala hijau
2 ulas bawang putih
3 cm halia
1 labu bawang besar 


Cara menyediakan 
Kambing Black Pepper: 
1. Potong daging nipis-nipis dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yang banyak ketika menggoreng. 
2. Potong panjang kedua-dua lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak, goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan.
0

Resipi Mudah Berbuka berkongsi Resipi Nasi Lemak Sedap. Resipi Nasi Lemak Sedap ni adalah antara menu yang cukup sedap dan popular dikalangan masyarakat Malaysia. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit   
60 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang 


Bahan-bahan Resipi Nasi Lemak Sedap:  
2 cawan beras basmathi
1 cawan santan dan 1 1/4 cawan air

1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia 

Garam secukup rasa
 

Bahan-bahan untuk sambal Resipi Nasi Lemak Sedap:
2 cawan ikan bilis
20 tangkai cili kering dikisar halus
3 labu bawang besar juga dikisar halus
3 bawang merah
2 bawang putih
Sedikit halia
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar dimayang kasar
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit belacan


Cara menyediakan nasi lemak Resipi Nasi Lemak Sedap:  
1) Rendam beras itu selama lebih kurang 20 minit sebelum masak.
2) Basuh beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia dan daun pandan yang disimpul. 
3) Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. 
4) Boleh dihidangkan dengan telur rebus, timum, kacang dan ikan bilis goring.


Cara menyediakan sambal Resipi Nasi Lemak Sedap:
5) Goreng ikan bilis bersama bawang besar yang telah dihiris untuk seketika. Tidak perlu goring sampai garing. Secukup sekadar nampak kelayuan. 
6) Kisarkan cili kering, 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, sepotong halia dan sedikit belacan. 
7) Tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dengan api pelahan. Kacau sesekali dan apabila kelihatan sedikit garing, tambahkan air mengikut kuantiti kuah yang cukup. Biarkan lagi sehingga mendidih dan nampak seperti pecah minyak dan warna kelihatan merah cantik. 
8) Masukkan 2 sudu besar gula, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing. 
9) Setelah berpuas hati, masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah digoreng tadi. Kacau untuk seketika bagi rasa itu diserap. 
10) Setelah sambal itu nampak sudah cukup pekat, api boleh ditutupkan dengan segera. 
0