Cara Membuat Char Kuey Teow Paste


Bahan Char Kuey Teow Paste

400 gm udang (pisahkan kulit udang dan isi udang. lebih skit udang pun takper.  rasa akan lebih  masis)
500ml air
8 ulas bawang putih di ketuk (disebabkan aku malas... aku  blender dgn air yang skit)
12 sb sos tiram
6 sk kicap pekat
6 sb kicap manis
2 sk petis
4 sb pati ikan bilis / pati udang (aku gunakan pati ikan bilis jer sebab pati udang payah sangat nak jumpa)
2 sk garam (sos tiram dah masin so agak-agaklah.  Tambah setengah sudu kecil lagi pun takper kalau nak)
2 sk gula

Untuk Membuat Char Kuey Teow Paste

1. Didihkan air dan masukkan isi udang. Bila isi udang hampir masak, angkat isi udang dan masukkan kulit udang biar ia terus mereneh dengan api perlahan. Tapis dan ambil air udang sahaja, kulit udang dibuang.

2. Campurkan semua bahan utk paste  seperti diatas dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

No comments:

Post a Comment